Ya Rasulullah, aku rindu .
Thursday, 25 December 2014 | 23:07 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
et bon apres midi !
donc, aujourd'hui :) oh . est aujourd'hui vendredi !
avez-vous tous avez lu al-kahfi?
did not read yet?
go, read bro! ><
okay, let's focus .
emm, hari ni, nak share based on apa yang sudah me baca :) dan menarik .
from muslim teen . *sengih*
Hayati selemas-lemasnya and take the moral . semoga membantu kalian .
KASIH SAYANG RASULULLAH SAW TERHADAP UMATNYA .
Para sahabat Rasulullah SAW bersungguh-sungguh mempraktiskan Islam yang diajar baginda . Kadangkala, mereka begitu bersemangat hingga tidak menghiraukan kesusahan diri .
Saidina Anas bin Malik menceritakan , pada suatu ketika Rasulullah SAW melihat seorang datuk yang sangat uzur bermusafir menunaikan haji dalam keadaan bergayut kepada dua orang anaknya .
Rasulullah SAW bertanya, "Mengapa dengan kamu ni?"
"Bapa berazam menunaikan haji dengan berjalan kaki", jawab anaknya .
Rasulullah SAW sungguh sedih melihat kesungguhan mereka lalu bersabda, "Allah Azzawajalla takkan mengazab kamu. Naiklah kenderaan," arah baginda .
Rasulullah SAW juga selalu menenangkan para sahabat baginda yang ditimpa musibah , meskipun baginda sendiri bersusah hati. Dalam peperangan Uhud , kaum muslimin mengalami kekalahan dan ramai sahabat RasulullahSAW meninggal dunia .
Salah seorang sahabat yang terkorban ialah Saidina Abdullah bin Amr bin Haram . Apabila anaknya mahu melihat jenazah beliau , para sahabat yang lain melarangnya kerana jenazah beliau mengalami kecederaan yang teruk .
Namun Rasulullah SAW tidak melarangnya. Baginda cuma berpesan, "janganlah kamu tangisi bapa kamu. Malaikat sedang menaunginya dengan sayap mereka sehingga rohnya diangkat," kata Rasulullah SAW menenangkan sahabat mudanya .
Rasulullah SAW pernah beberapa kali diperlihatkan keadaan umatnya. Oleh itu, baginda mengetahui keadaan umatnya di akhir zaman nanti . Rasulullah SAW sangat bimbangkan umatnya yang sesat dan terlalu rindu pada umatnya yang mengikuti baginda. Suatu ketika , selepas menziarahi perkuburan syuhada' Uhud, Raulullah SAW tiba-tiba menangis .
"mengapa kamu mengis, wahai pesuruh Allah?" tanya para sahabat .
"Aku rindukan saudara-saudaraku," jawab baginda .
Bukankah kami ni saudara kamu, wahai pesuruh Allah?" tanya para sahabat lagi .
"Tidak kamu adalah sahabatku. Saudara ku ialah mereka yang lahir selepasku dan beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku ."
Bukan kah kita yang dimaksudkan Rasulullah SAW ini?
THE END .
NOTE: 100% salin dan tampal . *cerita itu* tiada tokok tambah bagai . hm.