pokok pisang .
Monday, 8 February 2016 | 22:59 | 0 comments
"Jangan jadi manusia berperangai seperti pokok pisang .
Ada jantung tapi takde hati . "
- Faz-
heh .
zaman ni , orang yang nak berubah jadi lebih baik, selalu dicemuh . dipulau .
"jadi baik kena pulau, jadi jahat kena pulau , dah tu nak jadi apa? "
nah . bukankah jadi baik itu lebih baik?
mulut banyak bicara soal kebaikan, soal persaudaraan, soal kekuatan Islam.
tapi, qudwah takde. apa guna bruh?
cakap kasi serupa bikin k.
apa guna, kita bercakap mengenai ukhuwah, mengenai Islam, kalau kawan sendiri yang nak berubah jadi baik, kita pulau.
ceh , kita sangka, dia berubah jadi baik, sekadar menunjuk .
"ala hangat hangat tahi ayam je tuh"
tak hadir kah rasa malu dalam diri .
kawan kita ada perasaan nak berubah, ya, walaupun hangat hangat tahi ayam . tpi sekurang kurangnya, niat dia nak berubah tu ada, dan kita? pernah ada rasa nak berubah?
malah kita pulau dia, cakap cakap kat belakang .
tak malu?
sepatutnya,
kita menyokong .
ingat senang nak keluar dari kelompok lalai?
ingat senang nak keluar dan berhadapan dengan orang yang pernah lihat kita dalam kelompok lalai dulu?
susah .
kalau tak mampu nak berubah .
apa salahnya, kita sokong . mungkin dengan cara itu , hati kita tergerak nak ikut jejak sama .
:)
dan biasalah manusia ni, tergelincir sikit . terpeleot sikit . normal
bila dah rasa sakit tergelincir tu, cepat cepat la, istighfar . kembali sujud dan berdoa agar Allah perkukuh penghijrahan kita ini .
Allah baru geletek hati kita sikit , dah kita melatah .
rileks .
:)
oh . terjumpa kata-kata ni ,
Kenapa mencari orang yang ada agama [amalkan agama] itu penting?
kerana,
bila dia marah, dia tak menghina,
dia menjaga .
sadokan hatimu, wahai ninja ninja sekalian . :))